Selasa, 11 Februari 2014

Penyediaan Larutan dan bahan uji

PENYEDIAAN LARUTAN  DAN BAHAN UJI

  1.       Asid Hidroklorik cair (2M)

            Larutkan 170cm3 Asid Hidroklorik pekat dalam 1 dm3 larutan.

2.         Asid Sulfurik cair (1M)

            Larutkan 56cm3 Asid Sulfurik pekat dalam 1 dm3 larutan.

3.         Asid Nitrik cair (1M)

            Larutkan 130cm3 Asid Nitrik pekat dalam 1 dm3 larutan.

4.         Natrium Hidroksida cair 2M.

            Larutkan 80 gm  pepejal Natrium Hidroksida  dalam 1 dm3 larutan.

5.         Kalium Hidroksida cair 2 M.

            Larutkan 112 gm pepejal Kalium Hidroksida  dalam 1 dm3 larutan.

6.         Larutan Ammonia cair (2M)

            Larutkan 135 cm3 Ammonia pekat dalam 1 dm3 larutan.

7.        Larutan Kalsium Hidroksida (Air Kapur).

            Biarkan pepejal Kalsium Hidroksida, Ca(OH)2, bersentuh dengan air dalam satu takungan besar tertutup untuk beberapa jam.  Turaskan larutan tepu yang jernih dan gunakan larutan ini sebagai air kapur.

8.         Asid Etanoik (0.1 M)

            Larutkan  6cm3 Asid Etanoik glasial dalam 1 dm3 larutan.

9.         Larutan Natrium Karbonat (0.5M)

            Larutkan 53 gm pepejal Natrium Karbonat kontang dalam 1 dm3 larutan.

10.      Larutan Argentum Nitrat (0.1M)

            Larutkan 17gm  pepejal Argentum Nitrat  dalam 1 dm3 larutan.

11.      Larutan Barium Klorida (0.5 M)

            Larutkan  122 gm pepejal Barium Klorida  dalam 1 dm3 larutan.

12.      Larutan Kalium Dikromat (VI) (0.2M)

            Larutkan 58 gm pepejal Kalium Dikromat (VI)  dalam 1 dm3 larutan.

13.       Larutan Kalium Manganat(VII) (0.02 M)

            Larutkan  3 gm pepejal Kalium Mangganat (VII)  dalam 1 dm3 larutan.

14.       Larutan Ferum (II) Sulfat (0.5 M)

            Larutkan  139 g pepejal Ferum (II) Sulfat ke dalam 100 cm3 Asid Sulfurik cair dan kemudian campurkan air suling sehingga 1 dm3 larutan

 15.       Larutan Ferum (III) Sulfat (0.5M)

            Larutkan  130 g  pepejal Ferum(III) dalam 50cm3 Asid Hidroklorik cair dan kemudian campurkan air suling sehingga 1 dm3 larutan.

 16.       Larutan kalium Kromat (VI) (0.5M)

            Larutkan 97 gm pelejal Kalium Kromat (VI)  dalam 1 dm3 larutan.

17.      Larutan Plumbun (II) Nitrat ( 0.5 M)

            Larutkan 165 gm pepejal plumbum (II) Nitrat dalam 1 dm3 larutan.

18.       Larutan Kalium Iodida (0.5 M)

            Larutkan  83 g pepejal Kalium Iodida  dalam 1 dm3 larutan.

19.       Larutan Kalium Heksasionaferat(II)

            Larutkan 50 g pepejal Kalium Heksasionaferat  (II) dalam 1 dm3 larutan.

20.       Larutan Kalium Heksasionaferat (III)

            Larutkan 50 g pepejal Kalium Heksasionaferat (III) dalam 1 dm3 larutan.

21.       Larutan Kalium Tiosianat

            Larutkan 150 g pepejal Kalium Tiosianat dalam 1 dm3 larutan.

22.       Larutan Klorin berair

            Salurkan gas klorin ke dalam air dalam almari wasap sehingga larutan berwarna kuning-hijau didapati.

23.       Larutan Bromin Berair  

            Masukkan 20 cm3 cecair bromin ke dalam  1 dm3 larutan.

24.       Larutan Iodin Berair

            Larutkan  112 g pepejal iodin ke dalam1 dm3 larutan yang mengandungi 20 gm kalium iodida.

25.        Penunjuk Metil Jingga.

             Larutkan  1.0 g pepejal Metil Jingga dalam 1 dm3 larutan..

26.        Penunjuk Metil Jingga Skrin

            Larutkan 15 g pepejal metil jingga skrin dalam 500 cm3 95% Etanol. Cairkan   

            dengan 500cm3 air suling.

27.        Penunjuk Fenoftalein

             Larutkan 5 g pepejal Fenolftalein dala, 500 cm3 95% Etanol. Cairkan dengan 500  Cm.3  air suling. Turas jika perlu.

28.       Larutan Kanji 2%

            Larutkan 2 gm dalam 50 cm3 air untuk membentuk satu larutan likat.  Taambah dengan 100Cm3 air didih. Didihkan sampai satu larutan jernih terbentuk.  Biarkan ia sejuk.

29.        Kuprum (II) Sulfat (0.5M)

Larutkan 249.69 g pepejal Kuprum (II)Sulfat  dalam 1 dm3 larutan.

 

PENYEDIAAN REAGEN YANG MUDAH DAN PENYEDIAAN PEWARNA BIASA BAGI BIOLOGI 

11.       LARUTAN IODIN 

CARA MEMBUATNYA:  larutkan 20 g pepejal kalium iodida dalam 1 liter air suling . Masukkan 12.7 g pepejal iodin dan kacau hingga larut. Jika terlalu, cair dengan air suling mengikut keperluan.  

KEGUNAANNYA:  

a.         Menguji kehadiran kanji - jika ada kanji warnanya bertukar ke biru kehitaman.

B.         Mengenal tisu berkayu -- jika ada tisu berkayu warnanya kuning pekat.

C.        Mengenal tisu tidak berkayu - jika ada tisu tidak berkayu warnanya kuning pucat.  

1.2  LARUTAN ASITIK ORCEIN  

CARA MEMBUAT:  Pepejal orcein boleh dilarutkan dalam asid asitik lalu menghasilkan larutan asitik orcein.  Masukkan 45 cm3 asid asitik tulin ke dalam sebuah kelalang yang mempunyai kondenser refluks, campurkan 55 cm3 air suling ke dalamnya.  Masukkan 3 gm pepejal orsein dan simpan dalam almari wasap. Jika menggunakan kondenser refluks, tak payah menyimpan kelalang dalam almari wasap. Selepas beberapa jam, masukkan manik-manik kaca dan didihkan kelalang perlahan -lahan selama 2 jam. ( jika ada kondenser reflux, didihkan selama 1 jam) Sejukkan dan kemudian turaskan.  Bila perlu, campurkan 10 cm3 larutan simpanan itu dengan 12 cm3 air suling.  

KEGUNAANNYA.  

A.        Untuk mengenal bahagian kromosom yang akan berwarna merah.  

1.3   LARUTAN METHYLENE BLUE  

CARA MEMBUATNYA:  campurkan 1 g methylene blue dan 0.6 g natrium klorida dalam 100 cm3 air suling.  

KEGUNAANNYA;  

a.         Untuk mengenal nuklius dalam sel.  

1.4.  LARUTAN EOSIN  

CARA MEMBUATNYA:  larutkan 0.5g eosin dalam 100 cm3 air suling. 

KEGUNAANNYA:  sebagai pewarna dalam air untuk mengesan pergerakan air dalam xilem.  

1.6  LARUTAN SAFRANIN

CARA MEMBUATNYA:  Larutkan 1 g safranin dalam 100 cm3 etanol  50 % . rendamkan tisu yang hendak diwarnakan itu ke dalamnya selama 1/2 jam.  Keluarkan dan basuh dengan air suling dan sediakan larutan asitik - etanol dengan cara mencampurkan 1 cm3 asid  astik dengan 99 cm3 etanol 70% . Selepas tisu dibasuh  dengan air suling, rendam pula ke dalam larutan asitik - etanol untuk menanggalkan safranin.  

KEGUNAANNYA:  

a.  Mewarnakan  bahagian tumbuhan di mana nuklius, lignin dan kutikal menjadi merah.  

1.7  LARUTAN LAC TOPHENOL - COTTON BLUE

Cara membuatnya:  Campurkan hablur fenol 20 g, asid laktik 20 gm , gliserol 40g, cotton blue (metil biru) 0.05 g dan air suling 20 cm3.  Rendam tisu kulat dalam larutan itu selama 5 minit.  Basuhkan dengan air untuk menamggalkan pewarna yang berlebihan.  Periksa di bawah mikroskop.

KEGUNAANNYA:  

a.  Untuk mewarnakan kulat.  

1.8  LARUTAN LEISHMAN  

CARA MEMBUATNYA:  Hancurkan 0.2g serbuk pewarna Leisman dalam 10 cm3

metanol 100%  dalam sebuah lesung . Tambahkan metanol sedikit demi sedikit sehingga menjadi 100 cm3 dan betul-betul larut.

Kemudian terus dan disimpan di dalam botol yang tertutup rapi.Kemudian sediakan larutan tampan Ph 6.8 dengan kaedah berikut;  

i.   Larutkan 9.1g kalium dihidrogen fosfat menjadi 1 liter.

Ii.  Larutkan 9.5 g dinitarium hiderogen fosfat menjadi 1 liter.

Iii. Campurkan 50.8 cm3 larutan (i) dan 49.2 cm 3 larutan (ii)

Kemudian rendamkan lapisan darah tersebut dengan pewarna Leishman selama satu hingga satu setengah jam. Tambahkan sama banyak fosfat tampan pH 6.8. Tiupkan dengan mulut supaya pewarna bergaul dengan larutan tampan. Biarkan selama 10 minit. Basuh dengan aliran air yang perlahan . Rendam dalam larutan tampan selama 30 saat atau lebih. Keliarkan sisip dan biarkan kering dalam udara.  

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan