Selasa, 11 Februari 2014

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains




BAB 8

KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS


Keselamatan  di  makmal  dan bilik  sains merupakan  aspek  utama yang perlu diberi
perhatian  untuk  melindungi  mereka yang  bekerja dalam makmal  dan bilik  sains daripada
segala kemalangan  akibat kecuaian  atau  kejadian  di  luar  jangkaan.    Antara kemalangan
yang mungkin berlaku di makmal dan bilik sains adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik,
kebocoran  gas dan kebocoran  bahan kimia.    Keselamatan  dalam makmal  dan bilik  sains
merupakan tanggungjawab pengetua, guru besar, guru sains, kakitangan sokongan makmal
dan bilik  sains dan murid sendiri.    Tugas guru sains menjadi  lebih mencabar apabila
berhadapan dengan  kumpulan  murid  yang  kurang  berpengalaman,  kemahiran  dan kurang
berkeyakinan tentang perkara yang hendak dilakukan di dalam makmal dan bilik sains.


8.1       Pengurusan Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains

Kemalangan  di  dalam makmal  dan bilik  sains  boleh  disebabkan  oleh  kecuaian,
kelalaian,  kejadian  di  luar  jangka  atau kurang  kemahiran  dan pengetahuan dalam
perlaksanaan  eksperimen.    Dalam pengurusan keselamatan  makmal  dan bilik sains,
perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:

a.  Poster keselamatan dan peraturan makmal dan bilik sains mestilah dipaparkan di
tempat yang mudah dilihat dan dibaca.

b.  Meningkatkan  pengetahuan  dan pemahaman mengenai  peralatan dan bahan
eksperimen.

c.  Makmal dan bilik persediaan mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas. 

d.  Kaca yang pecah dan tumpahan bahan kimia mesti diberi perhatian serta merta.

e.  Semua pintu dan laluan perlu dibuka ketika eksperimen dijalankan.

f.  Pelan  laluan ketika kebakaran  mestilah  dipaparkan  dengan  jelas dalam  setiap
makmal.

g.  Pencahayaan dalam makmal,  bilik  sains dan  bilik  persediaan mestilah
mencukupi.

h.  Semua botol reagen mesti dilabel dengan jelas.  Label lama dan kabur mestilah
diganti dengan segera.

i.  Bahan  kimia berbahaya mesti disimpan  dengan  selamat  dalam  almari  berkunci
dan jauh dari sumber haba.  Sebahagian bahan kimia perlu diselia selalu.  Rekod
yang  lengkap mesti disimpan.

j.  Makanan  dan minuman  tidak  boleh  disimpan di  dalam makmal  dan bilik  sains
kecuali untuk tujuan eksperimen.




PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 84


Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains




k.  Sebelum meninggalkan  makmal  dan bilik  sains untuk  jangka masa  yang  lama,
semua paip air, suis elektrik dan punca gas mestilah ditutup dan semua pintu dan
tingkap mesti dikunci.

Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh dielakkan dengan cara:

a.  Guru memberi  arahan  yang  jelas dan terperinci  mengenai  langkah-langkah
keselamatan semasa menjalankan eksperimen. 

b.  Guru mengawasi murid semasa menjalankan eksperimen.

c.  Murid hendaklah mematuhi arahan guru dan peraturan makmal dan bilik sains. 

d.  Murid menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen. 

e.  Murid  sentiasa  menggunakan  alat  keselamatan dan alat perlindungan yang
dibekalkan.

f.  Meningkatkan  kemahiran asas dalam pengendalian  dan pengoperasian  alat
radas.

g.  Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai bahaya eksperimen.

h.  Menyusun  langkah  aktiviti  dengan  baik  dan mematuhi  prosedur  kerja yang
ditetapkan.

i.  Mengetahui  sifat-sifat utama bahan kimia serta  langkah  keselamatan  semasa
menggunakannya.

j.  Mematuhi  prosedur  keselamatan  penggunaan  peralatan di  dalam  makmal  dan
bilik sains.


8.2       Prosedur Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains

Menurut  Pekeliling  KP(BS)8600/7/A/(81)  Tindakan  Sertamerta  Di  dalam      Makmal
Sains yang bertarikh 21 Feb 1980, perkara berikut perlu diambil perhatian dan tindakan:

8.2.1   Satu petunjuk  “JAGALAH  KESELAMATAN  ANDA“  berukuran lebih kurang
m x ½ m dalam tulisan huruf besar tersergam hendaklah dipamerkan di suatu
empat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik sains.

8.2.2   “NOTIS  PENTING“  seperti  yang  terdapat  di  dalam pekeliling  bil  KP(BS)
600/12/A/(7)  Keselamatan  Dalam Makmal  Sekolah  bertarikh 8 Jun  1973
hendaklah  ditulis dalam  bentuk  poster  dengan huruf  yang  nyata dan
dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik sains.

8.2.3  Kebakaran

Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2000: Mencegah Kebakaran di
Sekolah  yang bertarikh  14  Mac 2000.   Bagi  mengelakkan  dari  berlakunya
kebakaran di makmal sains, langkah-langkah seperti berikut perlu diambil:



85 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan