Selasa, 11 Februari 2014

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains




BAB 10

PENGENDALIAN BAHAN DAN PERALATAN SAINS


Bahan  dan peralatan sains perlu dalam keadaan baik  dan berfungsi  supaya dapat
digunakan  dan dikendalikan  dengan  cara yang betul  oleh  guru,  kakitangan  makmal  dan
murid.    Guru sains dan murid  perlu mempunyai  pengetahuan dan kemahiran  dalam
mengendalikan  bahan dan peralatan sains dengan  betul  supaya kerja amali  dapat
dijalankan  dengan  sempurna  dan berkesan  dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sains.   Ini  juga membolehkan  murid  menguasai  kemahiran  proses sains dan kemahiran
manipulatif semasa kerja amali dijalankan serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

Kemahiran pengendalian bahan dan peralatan sains adalah dituntut dalam kurikulum
sains yang  seprti  yang  dinyatakan  dalam Kemahiran  Saintifik.    Kemahiran  maniputif  yang
merupakan sebahagian daripada kemahiran saintifik perlu kuasai oleh murid adalah seperti
berikut:

·  Mengguna dan  mengendalikan  bahan dan  peralatan sains secara betul  dan
sempurna.

·  Membersihkan peralatan sains secara betul dan sempurna.

·  Menyimpan peralatan sains secara betul dan selamat selepas digunakan.

·  Mengendalikan spesimen secara betul dan sempurna.

·  Memerhati, mengukur dan merekod secara betul dan sempurna.

Peralatan dan bahan sains yang biasa dikendalikan oleh murid semasa pengajaran
dan pembelajaran dalam makmal sains adalah seperti berikut:

·  Alat kaca.

·  Bahan kimia.

·  Alat optik.

·  Instrumen.

·  Spesimen dan Bahan Biologi.

·  Peralatan ICT


10.1     Pengendalian Alat Kaca

Kaca adalah sesuatu bahan yang digunakan secara luas di dalam pelbagai bidang. 
Terdapat banyak peralatan diperbuat daripada kaca, antaranya peralatan kegunaan
harian/domestik,  peralatan  kegunaaan  saintifik  dan teknologi  moden.    Alat kaca
diperbuat daripada  berbagai  jenis kaca  untuk  kegunaan khusus di  dalam bidang
saintifik terutama di dalam makmal sains.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS137


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains




Guru sains, kakitangan  makmal  dan murid harus mempunyai  pengetahuan serta
kemahiran  dalam  menggunakan  dan mengendalikan  alatan  kaca  dengan selamat,
supaya aktiviti kerja amali dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan berkesan.  


10.1.1  Jenis-Jenis Kaca

Kaca  boleh  dibahagi  kepada  tiga jenis yang utama,  iaitu kaca  soda (soda-
lime glass), kaca borosilikat dan kaca khas (lead glass/special glass).  Alatan
kaca yang terdapat di makmal kebanyakannya dihasilkan daripada kaca soda
dan kaca  borosilikat.    Setiap jenis  kaca  tersebut  mempunyai  ciri-ciri  khusus
seperti dalam jadual di bawah: 

Jadual 10.1:   Jenis-jenis kaca



Jenis Kaca

Kaca soda 
(Soda-lime glass)







Kaca borosilikat
(Borosilicate glass)











Kaca khas 
(Lead glass/special
glass)


Ciri-Ciri

·  Mempunyai warna yang cerah (hijau cerah).
·  Keupayaan mengembang yang tinggi
(mengembang dengan cepat apabila
dipanaskan).
·  Apabila dibakar akan mengeluarkan warna
merah pucat atau kekuningan.
      Contoh: mentol, botol minuman, cermin  
                    tingkap
·  Mempunyai warna agak gelap.
·  Keras dan kuat (dinding tebal).
·  Keupayaan mengembang yang rendah
(mengembang dengan lambat apabila
dipanaskan).
·  Apabila dibakar, kaca borosilikat akan
mengeluarkan warna merah cerah.
·  Tidak mudah pecah apabila dipanaskan dan
mengecut apabila disejukkan.
      Contoh: bikar, kelalang kon, kondeser,    
                    tabung uji, botol media 
·  Sesuai untuk cantuman diantara logam dan
kaca.
·  Digunakan dalam mentol telivisyen, lampu
flourescent.






10.1.2  Alatan  Kaca Yang Biasa Digunakan Dalam Makmal Sains 

·  Pipet.
·  Buret.
·  Silinder bersenggat (silinder pengukur).
·  Bikar.
·  Kelalang volumetrik (kelalang isipadu).
·  Kelalang kon.

138PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains






















Rajah 10.29:  Kabinet Mikroskop

·  Mikroskop  adalah  alat yang  mahal  dan mudah rosak  jika tidak  di  kendalikan
dengan  betul.    Oleh  itu,  ia mestilah  digunakan  dengan  cermat.    Perlu  disimpan
dalam kabinet  khas yang  dilengkapi  dengan  pemanas dan termostat  untuk
mengawal  suhu di  dalam kabinet  untuk mengelak  pembiakan kulat/
mikroorganisma seperti Rajah 10.29.

·  Setiap mikroskop  mesti  berlabel  dan mempunyai  buku log  penggunaan.     
Mikroskop mesti di selenggara oleh juruteknik yang bertauliah.

10.3.1 Pengendalian dan Penjagaan Mikroskop

a.  Untuk tujuan memindah

·  Gunakan kedua-dua belah tangan apabila mengangkat mikroskop dari
satu tempat  ke satu tempat.    Sebelah  tangan mesti  memegang
lengannya dan sebelah tangan lagi memegang bahagian bawahnya. 

·
kanta didalamnya tidak terkeluar daripada tempatnya.

·  Mikroskop  hendaklah  diletakkan dalam  keadaan tegak  dan berada
dalam keadaan kering.

b.  Pembersihan kanta-kanta mikroskop

·  Hanya guna tisu kanta.

·  Bahan-bahan lain seperti  kertas    tisu bisa („Kleenex)  dan kain
akan  mencalarkan  kanta atau meninggalkan  serbuk  halus di  atas       
kanta. 

·  Jangan  guna tapak  jari  untuk  membersihkan  kekotoran atau  debu
pada permukaan kanta.  Minyak dan gris pada jari akan melekat pada
permukaan kanta dan mengurangkan kualiti imej. 



162PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


 Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains




c.  Teknik menggunakan mikroskp                     


Kanta
mata



Tiub

Pelaras kasar

Pelaras
halus
Kanta objektif
Lengan
Pentas sisip kaca

Sumber cahaya




Tapak

Rajah 10.30:  Mikroskop 

·  Fokuskan  specimen  menggunakan  kanta objektif  bermagnifikasi
rendah (4x  dan 10x)  dahulu sebelum menggunakan  kanta objektif
bermagnifikasi  tinggi  (40x  dan 100x).    Apabila  menggunakan  kanta
kuasa  tinggi,  fokuslah  dengan  menggunakan  tombol  pemutar fokus
halus.

·  Semasa memfokus, tombol itu hendaklah diputarkan supaya kanta itu
bergerak  jauh dari  sisip kaca.    Ini  akan  mengelakkan  mikroskop
daripada memecahkan sisip itu.

·  Kedua-dua belah  mata  hendaklah  dibuka semasa  melihat  melalui
mikroskop.

d.  Penghasilan imej yang jelas

·  Jangan  biarkan  sebarang  minyak  rendaman  terlekat  di  permukaan
kanta objektif.  Ini akan menghasilkan imej kabur.

·  Jika minyak  tersebut  kering, ia hanya boleh  dihilangkan  dengan
menggunakan Xylene.

e.   Penjagaan pentas mikroskop

·  Pentas mikroskop haruslah sentiasa bersih.

·  Sebarang tumpahan di  atas pentas mikroskop perlu dibersihkan
dengan segera. (contoh: Canada Balsam dan minyak tumpahan).

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS163

Tiada ulasan:

Catat Ulasan